Posts

Bunga Ros

 bunga ros bunga ros ibarat wanita, wanita cantik seperti bunga,  harum seperti bunga, mekar seperti bunga, warna merah yang menawan menjadi satu tarikan buat para pencinta bunga. petal bunga yang teramat lembut, ibarat sifat wanita yg sgt lembut. duri yg ada pada batang ros itu ibarat benteng keselamatan bagi bunga itu,  menunjukkan betapa berharganya bunga ros itu begitu juga wanita, harga nilai seorang wanita sangat lah tinggi.  Oleh itu duri itu ibarat benteng keselamatan bagi seorang wanita, dengan membina benteng itu adalah dengan menutupi aurat yang sempurna, menjaga maruah diri, menepati syariat islam. pakaian itulah benteng keselamatan seseorang wanita, menutupi serapi-rapinya daripada  disentuh oleh yg bukan mahram, dirosak dan punah. Maka apabila duri itu terbina, nilai mu sangat amatlah teristimewa, bernilai dan mahal sebagai seorang wanita, dimana orang lain tidak dapat menyentuhmu sesuka hati kerana benteng yang telah terbina.

cinta II

 bila cinta mulai terlerai, percayalah itulah jalan paling selamat untuk kau kembali mengejar cintaNya sebelum benar-benar mencintai dia cinta itu punyai banyak jenis Jika cinta itu hadir, dan cinta itu berbalas namun tidak halal itu masih dalam keadaan berbahaya, itu bukan manis tetapi membuka lubang maksiat, namun boleh ditutupi dengan perikatan halal melalui perkahwinan. cinta namun tidak berbalas cinta namun disekat melalui perasaan yg tidak diluah antara satu sama lain, sehinggakan masing2 merasakan saling mencintai. cinta namun berahsia, segan silu meluahkan hajat disaat tidak benar-benar bersedia, takut2 tersungkur dalam lubang maksiat. namun jika bunga yg kita hendak pinang telahpun diputik orang, jangan bersedih. kerna ada ribuan bunga yang masih segar dan harumannya wangi. namun jika tidak mahu hati kita berkecai seperti kaca yang sudah pecah, hujan yg lebat diiringi air yang berderus deras melambangkan kesedihan air mata kita. Jika itu, maka berhubung lah dengan raja bag...

surat dari jannah (adikku)

 Hilang semangat. Siapa tak pernah rasa? Secara jujurnya, Jannah pun sama. Tapi manusia takkan selama-lamanya down begitu juga sebaliknya. Setiap hari, lepas subuh, since hari pertama jannah masuk U, Jannah tidur. Sekarang Jannah masih tengah fix lagi. Kenapa? Bangun subuh, and then takde matlamat, tak tahu nak capai apa within masa yang berharga waktu pagi. Hari Jumaat lepas, Jannah takde kelas. Apa Jannah buat? Tidur. Janji, sepanjang hari, memang out lah belajar... lagi2 hujan. Dah bangun, nak start buat kerja sebab tak tenang. Tapi diri dan katil ibarat magnet, sebab bila dah bangun fikir "ah susahnya" tidurlah balik, takyah fikir apa2 lagi bagus. Since dulu lagi, spm tertangguh and online learning, jannah tak pernah terpisah dengan tidur, setiap kali bila bangun rasa stress sebab bazir masa. Well, satu je, kita takkan rasa tenang dan happy selagi apa yg terbuai dalam minda tak diselesaikan. Jannah once dah trap dalam problem, jannah akan stress, tapi takkan bagitahu anyo...

CINTA

 Cinta adalah hadiah yg terindah yg dikuniakan Tuhan buat manusia, Cinta kepada-Nya seperti cahaya, tanpanya hidup kita akan terumbang ambing dalam kegelapan, tetapi... hadiah terindah seorang insan adalah memiliki teman yang bersama-sama memberi kebahagiaan, melengkap kelemahan dan kelebihan antara satu sama lain sehingga ke hujung nyawa ;) -seandainya kau ada Cinta itu manis,rahsia, indah ,mesra,bahagia. Kerna cinta itu fitrah manusia. Namanya bukan manusia jika dia tidak pernah merasai apa itu cinta. Kemanisan cinta itu lebih indah jika kedua-duanya saling mencintai antara satu sama lain. Kejujuran,kesetiaan itu dinilai dalam setiap pasangan. Tidak perlu cemburu jika wanita itu cantik,mahupu mempunyai kelebihan yang membuatmu cemburu. Kerna yang pasti wanita itu hanya mampu memiliki satu jejaka Bukan cinta jika, niatnya hanya memuaskan nafsu serakah, Bukan cinta jika, kerna kecantikannya, Tetapi cinta itu apabila kita tertarik dengan perwatakan seseorang itu, dan bahagia apabila...

Matlamatku

 Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana pelbagai nikmat yang Dia telah berikan kepadaku, dan sejujurnya tiada siapa yg dapat membalas setanding dengan Tuhan yang maha memberi, melainkan dengan taat kepadaNya seperti solat,ibadah wajib.  Antara matlamatku yg aku ingin capai sebelum aku mati, Berbakti kepada kedua ibubapaku sehabis mungkin, Menjalinkan hubungan yg baik diantara adik beradikku Hutang semestinya Dan impianku yang terbesar adalah untuk menetap di Terengganu, dan bekerja di Terengganu. Menjadi seorang pendidik. Kenapa Terengganu? sebab Terengganu ni terdiri dengan keunikan tersendiri yang aku sendiri tertarik termasuklah suasana dan budaya mereka. Antara salah satu sebab kenapa Terengganu menjadi no.1 dalam hatiku, adalah kerana terdapat pantai yang bersih,air yg bersih. Pantai adalah tempat kegemaran aku, kerana kesepian,kedamaian, ketenangan,kesenangan, bunyi ombak yang berderus, angin yang melambai2,burung yang berkicauan, biji bijian pasir sbg tapak...

Kosong

  hatiku seperti rasa kosong. Ya betul,aku merindui suasana belajar. Ya betul, manusia ni sifatnya tidak akan pernah puas dengan apa yg dia ada. tikala aku belajar, aku merasakan bosan belajar, dan terdetik dalam mindaku, alangkah indahnya jika aku tidak belajar seumur hidup,alangkah seronoknya tiada kerja2 yg aku perlu lakukan. Tetapi.. Bila aku mempunyai keinginanku itu, aku diberi cuti selama 4 setengah bulan aku tidak belajar. aku merasakan sangat kosong. akhirnya aku tidak tahu apa yg aku perlu buat. aku rasa sangat sedih, dan ingin sahaja untuk menghilangkan diri dari dunia ini. Aku rasa seperti tiada siapa-siapa yg aku boleh berharap di dunia ni. Tiada tempat untuk aku mengadu. melainkan Dia. Tuhan aku. Aku sering terleka, rasa jauh dari-Mu. Aku rasakan tiada siapa yang pedulikan ku. Permintaanku hanya satu dan lebih, aku berharap ibu bapaku mendapat syurga yg tertinggi masuk syurga tanpa hisab. Dan doa untuk aku,agar aku lebih matang dan serious dengan adik beradikku. Aku m...