cinta II

 bila cinta mulai terlerai, percayalah itulah jalan paling selamat untuk kau kembali mengejar cintaNya

sebelum benar-benar mencintai dia

cinta itu punyai banyak jenis

Jika cinta itu hadir, dan cinta itu berbalas namun tidak halal itu masih dalam keadaan berbahaya, itu bukan manis tetapi membuka lubang maksiat, namun boleh ditutupi dengan perikatan halal melalui perkahwinan.

cinta namun tidak berbalas

cinta namun disekat melalui perasaan yg tidak diluah antara satu sama lain, sehinggakan masing2 merasakan saling mencintai.

cinta namun berahsia, segan silu meluahkan hajat disaat tidak benar-benar bersedia, takut2 tersungkur dalam lubang maksiat.

namun jika bunga yg kita hendak pinang telahpun diputik orang, jangan bersedih.

kerna ada ribuan bunga yang masih segar dan harumannya wangi.

namun jika tidak mahu hati kita berkecai seperti kaca yang sudah pecah, hujan yg lebat diiringi air yang berderus deras melambangkan kesedihan air mata kita.

Jika itu, maka berhubung lah dengan raja bagi puteri itu,

jika benar yakin dia milikmu melalui solat istikharah,doa dan pendapat ahli keluarga dan rakannya.

jika akhlaknya dan peribadinya membuatmu jatuh cinta maka janganlah kamu lepaskan dia, kerna sukar utk mencari ganti seperti dia.

jika kecantikannya yang membuat jatuh cinta, maka percayalah kamu sedang terperangkap dalm nafsumu semata-mata kerna kecantikannya bukan peribadinya. takut2 terkedu apabila  melihat perwatakan aslinya selepas diijabqabul

jika kekayaan dan hartanya yang membuatmu jatuh cinta, maka kamu masih berlegar dalam permainan dunia bukan keikhlasan bercinta

jika kamu benar yakin dia milikmu maka yakinkanlah dirimu beranikanlah dirimu utk bertemu dengan rajanya.

jika kamu tunggu sehingga lamapun, tetapi masih bercinta, sia-sia sahaja ikatan itu jika niat utk dipermain-mainkan

kamu tidak akan pernah mengenali seseorang itu dengan lebih dalam selagi kamu tidak hidup sebumbung dengannya melalui ikatan yg halal.

Apa yang  kamu lihat sebelum cinta yang halal itu hanyalah rekaan dan tidak sedalam.

jangan boros hartamu demi seorang wanita yang belum halal bagimu, yang belum pasti milikmu,

boroskanlah hartamu buat permaisuri yang paling teristimewa iaitu ibumu. kenangkanlah jasanya lebih dari isterimu seblum kamu nikahi wanita.

cinta itu manis jika cinta itu terikat

cinta melalui bercerita tentang cinta melalui pertalian kita dengan tuhan, iaitu melalui doa.

doa: Ya Allah engkau pertemukanlah aku dengan seseorang lelaki yang baik budi dan akhlaknya, yang mampu membimbingku tentang agamamu, yang saling melengkapi antara satu sama lain, yang bersedia menerima baik burukku, dan ibu mertua yang baik... jika dia bukan yg terbaik utkkku engkau jauhkanlah aku dengan dia dengan cara yg terbaik tanpa sedikitpun kecewa. dan gantikan seseorang yg lebih baik daripadanya

bagaimana hendak merasa kemanisan cinta dalam sebuah perkahwinan jika manis itu terbina seblum perkahwinan..

mendapatkan seseorang yg kita idamkan, adalah dengan memperbaiki akhlak diri kita.


Comments