Kosong

  hatiku seperti rasa kosong.

Ya betul,aku merindui suasana belajar. Ya betul, manusia ni sifatnya tidak akan pernah puas dengan apa yg dia ada.

tikala aku belajar, aku merasakan bosan belajar, dan terdetik dalam mindaku, alangkah indahnya jika aku tidak belajar seumur hidup,alangkah seronoknya tiada kerja2 yg aku perlu lakukan.

Tetapi..

Bila aku mempunyai keinginanku itu, aku diberi cuti selama 4 setengah bulan aku tidak belajar. aku merasakan sangat kosong. akhirnya aku tidak tahu apa yg aku perlu buat. aku rasa sangat sedih, dan ingin sahaja untuk menghilangkan diri dari dunia ini.

Aku rasa seperti tiada siapa-siapa yg aku boleh berharap di dunia ni. Tiada tempat untuk aku mengadu. melainkan Dia. Tuhan aku.


Aku sering terleka, rasa jauh dari-Mu. Aku rasakan tiada siapa yang pedulikan ku.

Permintaanku hanya satu dan lebih, aku berharap ibu bapaku mendapat syurga yg tertinggi masuk syurga tanpa hisab. Dan doa untuk aku,agar aku lebih matang dan serious dengan adik beradikku.

Aku minta maaf . Aku tiada hadiah untuk adik beradikku tahun ini. kerana kehabisan duit.

Aku banyak korbankan duit demi penampilan diri ku maksud aku dari segi pemakaian ku untuk lebih nampak kemas dan buka selekeh. 

Aku sedih, aku rasa kosong,jiwa yang begitu kosong.

Ya Allah, kurniakanlah jodohku,dikalangan orang yang beriman orang yang taat perintahMu dan kedua ibubapanya dan aku. Lelaki yang memahami perasaanku tiap kali aku merasakan kesedihan.

Ya Allah kurniakanlah aku sahabat. sahabat yang memahami aku. namun.. aku percaya, tiada sesiapa pun yang dapat memahami aku lebih dari yang maha Esa.

Comments