Matlamatku
Alhamdulillah aku bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana pelbagai nikmat yang Dia telah berikan kepadaku, dan sejujurnya tiada siapa yg dapat membalas setanding dengan Tuhan yang maha memberi, melainkan dengan taat kepadaNya seperti solat,ibadah wajib.
Antara matlamatku yg aku ingin capai sebelum aku mati,
Berbakti kepada kedua ibubapaku sehabis mungkin,
Menjalinkan hubungan yg baik diantara adik beradikku
Hutang semestinya
Dan impianku yang terbesar adalah untuk menetap di Terengganu, dan bekerja di Terengganu.
Menjadi seorang pendidik.
Kenapa Terengganu?
sebab Terengganu ni terdiri dengan keunikan tersendiri yang aku sendiri tertarik termasuklah suasana dan budaya mereka.
Antara salah satu sebab kenapa Terengganu menjadi no.1 dalam hatiku, adalah kerana terdapat pantai yang bersih,air yg bersih. Pantai adalah tempat kegemaran aku, kerana kesepian,kedamaian, ketenangan,kesenangan, bunyi ombak yang berderus, angin yang melambai2,burung yang berkicauan, biji bijian pasir sbg tapak yg lembut. Aku suka tempat itu. tambahan pula dapat menikmati keindahan alam, ciptaan Tuhan yang Maha Besar.
Terengganu terkenal dengan tempat pelancongan yg cantik2 belaka, rumah pun murah kalau beli dekat sana. aku terfikir jika aku sambung PHD untuk menjadi pensyarah bermakna aku akan menetap di Selangor. Lalu aku berifikiran sendirian yang aku ingin menjadi seorang GURU bukanlah pensyarah. namun ayahku mengimpikan aku untuk menjadi pensyarah lalu aku sedih. Kerana aku tahu aku tak semampu untuk melakukan sampai itu. biarlah hidup ini bersederhana mengikut kemahuan sendiri,aku cuma mahu kerja secepat mungkin aku taknak sambung belajar sampai PHD. aku cuma ada satu impian di mana aku ingin.. menyumbang bakti kepada pelajar untuk ajar mereka supaya mereka bertambah cinta dengan ilmu yang aku ajari.
Aku sedih.. namun tiada siapa yg fahami melainkan Dia,pencipta ku yang maha mengetahui segala isi hati ku.
Comments
Post a Comment