surat dari jannah (adikku)
Hilang semangat.
Siapa tak pernah rasa? Secara jujurnya, Jannah pun sama. Tapi manusia takkan selama-lamanya down begitu juga sebaliknya. Setiap hari, lepas subuh, since hari pertama jannah masuk U, Jannah tidur. Sekarang Jannah masih tengah fix lagi. Kenapa? Bangun subuh, and then takde matlamat, tak tahu nak capai apa within masa yang berharga waktu pagi. Hari Jumaat lepas, Jannah takde kelas. Apa Jannah buat? Tidur. Janji, sepanjang hari, memang out lah belajar... lagi2 hujan. Dah bangun, nak start buat kerja sebab tak tenang. Tapi diri dan katil ibarat magnet, sebab bila dah bangun fikir "ah susahnya" tidurlah balik, takyah fikir apa2 lagi bagus. Since dulu lagi, spm tertangguh and online learning, jannah tak pernah terpisah dengan tidur, setiap kali bila bangun rasa stress sebab bazir masa. Well, satu je, kita takkan rasa tenang dan happy selagi apa yg terbuai dalam minda tak diselesaikan. Jannah once dah trap dalam problem, jannah akan stress, tapi takkan bagitahu anyone at all (bukan jenis express), sebab no one understands me more than Allah, and Allah je yg mampu tarik stress tu, and I express my feelings and talk to Allah, cause Dia Maha Mendengar lagi Maha mengetahui isi hati manusia. Lepas jannah dah sedar semua tu, jannah fikir balik yang Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia ubah nasib sendiri. Kita tak boleh selama- lamanya rasa malas. Kena ada Progress yg dilakukan dengan consistent. Harini alhamdulillah Jannah baru kumpul balik semangat and produktif lah juga lepas dah buat list to-do utk kerja yg bertangguh. kejar dulu kerja, lepastu rehatlah dengan aman. Tapi sedih juga jannah tidur waktu 2 kelas fizik semalam dan kelmarin walaupun satu kelas tu Allah nak bagi chance, cikgu buat ulangan tajuk sama tapi jannah tidur lepas subuh. Tu jadi ngantuk sangat and memang gone lah... rugi and sengsara. recording pun takde. So tadi baru cover balik baca sendiri hmm. Lagi satu kalau jannah takde semangat memang jannah akan keluar jalan2 makan angin, cari ketenangan dan muhasabah.
Matlamat.
Siapa yg kata dia nak rumah besar + cantik? Siapa kata dia nak bahagiakan umi abah bila besar. What does it cost? A great job yang berkat? Macam mana nak dapat tu? Usaha kena bergunung ganang. Kakak kena fikir ke hadapan. Think of your future. Think of how umi and abah survived from scratch, semuanya hasil titik peluh menimba ilmu. Umi abah lagi susah berliku liku jalan hidup nak bina keluarga besar, parents tak tampung laptop, data, wifi, elaun, bayar lesen kereta memang kalau nak dibandingkan, sangat mewah apa yg umi abah sediakan. Umi abah tak harapkan bila dapat semua nikmat ni, kita lalai lagha takde future. Of course umi abah nak kita jadi lebih baik. Sentiasa muhasabah, ingat. Kita hidup takkan pernah rehat sebenar-benarnya selagi belum ditarik nyawa. Gambarkan diri kakak berjaya. Sentiasa proaktif lebih drpd orang lain. Kalau kita letak usaha 200% drpd orang, kita akan ke hadapan, insya Allah seronok sangat perasaan bila faham ilmu tu lepas susah payah belajar, and lagi2 ajar orang, kita memberi manfaat kpd org. Biarlah orang lain tenggelam dalam kelalaian tgk movie outing sini sana, asalkan kita bina istana supaya senang bila besar. Insya Allah kakak akan berjaya. Aaamin.
Lagha.
Memang fon ni pencuri masa, penyebab kemalasan, dan sebagainyalah. Betullah tu cara kakak, off fon... anyways gunalah fon/laptop sebaiknya. Alhamdulillah family kita dikira okay tak tengok kpop and drama sangat. Cuma kadang2 bila guna fon terpesong. Daripada kita 24 jam asyik nak check fon, shopping sini sana, sibukkanlah diri buka alquran, baca kata2 Allah. Hafal kalau ada masa. Jangan cari alquran bila kita free, but free kan masa kita baca alquran. Ouh cakap pasal alquran, kita kena sentiasa perbaiki diri from day to day as well as hubungan dengan Allah. Solat. Fix it. Kita dah besar so faham2 jelah. Cara kita solat menggambarkan personaliti dan corak hidup kita. Nak hidup tenang berjaya, baikit solat.
Emosi.
Jannah tahu semua orang ada IQ (kepandaian) dan EQ (emosi) berbeza. Tapi apa salahnya kalau EQ kita rendah, kita perbaiki diri. Lagi hebat org yg start from low, lonjakkan diri ke arah yg baik drpd org yg perjalanan dia mudah. First of all, reflect diri kita. Tolonglah, kakak cuba fikir orang sekeliling kakak senang ke dengan perangai? Kalau rasa macam tak tenang, then maybe kakak boleh ubah slow slow. Janji, apa yg jannah cakap memang takde niat nak kutuk caci kecam, I'm not that type. Dalam dunia, kita hidup bermasyarakat. Setiap perasaan orang, kita kena jaga betul2 macam hati kita sendiri. Reflect je perbuatan kakak kat orang, bila kena kat siri sendiri. Kalau boleh kita bagi manfaat, senangkan orang, rajin. Kumpul banyak2 pahala, serious kalau kita tolong orang/ doakan orang/ sedekah, sikit pun takkan rugi. Allah pandang semua tu. Insya Allah hidup akan senangggg sangat. Tengoklah abah tu. Senang juga hidup tak terlalu banyak masalah. Alhamdulillah. Maafkan jannah kalau banyak buat silap kat kakak. But you changed my life so much sebenarnya. Ada banyak tapi nanti tak tertidur pula kalau cerita. Thank you. Insya Allah kakak dipermudahkan. Slow2 berubah, ingat, buat baik, adapt rasulullah's behavior. Tenang je orangnya. Contoh lain naim, i admire him jugalah. Okay lagi satu kita jangan fikir pasal keburukan orang at all, anggaplah orang yg sakitkan kita tu takde dosa, sebab mungkin dosa kita lagi bergunung. Belajar maafkan, hati tenang kak. Jannah right now takde simpan apa2 atau benci anyone. Everything in life, apa yg kita rasa and buat, akan reflect kat future nanti. I'll help you don't worry.
Akhir kata, kalau kita jalani hidup betul2 ikut peraturan addinul islam, tenang dan berjaya. From all aspects. Senang cerita semua pasal Islam ni positive, takde satu pun yg buruk.
Semua yg buruk dtg drpd jannah, semua yg baik, drpd Allah, yg Allah nak sampaikan kpd kakak, melalui jannah. Ini spontan je jannah tulis apa yg come across my mind, maybe ilham.
Kalau jannah ada lukakan hati kakak before this let me know. Maafkan jannah. Tegurlah me if ada salah silap selamani yg jananh tak perasan, i also wanna improve myself. Semoga berjaya kakak. Semoga semua org berjaya dan masuk syurga.- Jannah
Comments
Post a Comment